K-4 : Kapsul Ungu
0 Colour Pages & 271 B/W Pages
Kategori: Novel
Harga: Rp 70000

Natasha adalah seorang peguam yang sedang menguruskan kes berprofail tinggi yang melibatkan beberapa ahli politik ternama di Asia Pasifik. Dia telah dijumpai mati di pangsapurinya sendiri di Singapura. Teman lelakinya, Badrul yang juga seorang peguam, terpaksa melarikan diri ke Kuala Lumpur kerana telah dituduh membunuh Natasha. Hanya berbekalkan sebentuk kunci loker berjenama Dirak yang telah diserahkan oleh Natasha sebelum kematiannya, Badrul mencari petunjuk untuk melepaskan dirinya daripada semua pertuduhan.

Di Kuala Lumpur, Badrul telah menyertai KH Intelligence dan menjadi ketua kepada sebuah unit elit bergelar K-4 yang dianggotai oleh penyiasat profesional. Tugasan Kapsul Ungu telah membawanya bertemu Julia.

Rafael, ketua Kemaruk Hitam dan KH Intelligence mempunyai agendanya tersendiri. Begitu juga anaknya Randi. 

Adakah rakan-rakan unit K-4, Benji dan Rajan memberi bantuan ketika diperlukan? Adakah Julia rakan yang boleh dipercayai?

Kapsul Ungu adalah kisah persahabatan dan cinta yang terbina dalam kekalutan penyelesaian sebuah misteri.

 



You May Also Like
 

Review
 
No review yet. Be the first to review this book!

Write A Review
 
Name
 
Email
 
Review
Captcha